Teori Realisme

Kemunculan Teori Realisme.

       Teori ini dikatakan telah mula digunakan sejak zaman empayar Greek dan Yunani lagi2 dan buktinya realisme dikesan pada karya Thucydidas iaitu “A History of Philoponnesian War” yang telah melihat perang diantara Sparta dan Athens pada zaman kegemilangan Greek. Karya –karya lain yang menjadi pendukung kepada  kepada teori ini adalah seperti ‘The Prince’ yang dihasilkan oleh Nicolo Machiavelli

       Realisme telah muncul semula selepas Perang Dunia Pertama iaitu antara tahun 1914 sehingga tahun 1918.Realism muncul semula adalah disebabkan oleh kelemahan Idealisme yang tidak berjaya mengelakkan perang daripada berlaku untuk kali kedua selepas Perang Dunia Kedua. 

     Semasa perang dunia kedua, kita dapat lihat bahawa entiti negara terutamanya Negara-negara kuasa besar mula menekankan konsep kepentingan nasional berbanding kepentingan bersama iaitu satu konsep yang didukung oleh golongan idealisme.Hal ini kemudiannya memberi peluang kepada teori realisme untuk muncul semula selepas Idealism gagal untuk menangami berlakunya perang semula dan realism juga telah memainkan peranan yang penting untuk menjelaskan keadaan dan situasi antarabangsa dari tahun 1914 – 1945.

       Pendekatan realisme atau ‘power politic’ ini sudah mula menggantikan konsep idealisme kerana konsep idealisme dilihat terlalu goyah untuk dijadikan petunjuk yang baik dalam realiti hubungan antarabangsa. Ini kerana,ia terlalu perspektif dan normatif iaitu sifat manusia digambarkan terlalu positif.Atas dasar ini,maka E.H.Carr telah mencetuskan idea dimana kuasa adalah salah satu faktor penting dalam mendukung keutuhan sesebuah negara.Apa yang dimaksudkan disini ialah, kuasa akan meninggikan martabat sesebuah negara.

Sarjana – Sarjana Realisme

  • E.H Carr (The Twenthy Years Crisis).
  • H.J Morganhtau (Politics Among Nations).
  • Reinhold Niebuhr.
  • Arnold Wolfers.
  • Kenneth W.Thompson

Andaian Asas Dalam Teori Realisme

  1. Manusia adalah secara semulajadi pentingkan diri dan tidak boleh membebaskan diri dari fakta bahawa mereka dipacu untuk bersaing sesama sendiri demi kepentingan diri.
  2. Sistem negara adalah berbentuk anarki.Tiada kuasa selain negara yang mampu meregulasikan interaksi mereka,negara perlu berhubung dengan negara lain,berbanding dikawal oleh entiti lain.
  3. politik antarabangsa seperti yang dibahas oleh Thomas Hobbes adalah usaha mendapatkan kekuasaan,perang terhadap semua.
  4. obligasi bagi setiap negara adalah matlamat di mana semua objektif antarabangsa harus disubordinat bertujuan mempromosi kepentingan nasional dan memperoleh kuasa bagi mencapai matlamat tersebut.
  5. sifat anarki dalam sistem antarabangsa menggambarkan bahawa negara memerlukan keupayaan militari yang sesuai bagi menghadapi serangan musuh dan menggunakan pengaruh yang ada untuk mempengaruhi negara lain.
  6. ekonomi adalah kurang releven kepada keselamatan nasional berbanding militari.

Prinsip – Prinsip Teori Realisme 

Hans J.Morghentau iaitu Politics Among Nations : The Struggle For Power And Peace pada 1948 telah menggariskan enam prinsip utama Realism iaitu :

1. Politic’s, like society in general, is governed by objective laws that have their roots in human nature which is unchanging: therefore it is possible to develop a rational theory that reflects these objective laws.

2. The main signpost of political realism is the concept of interest defined in terms of power which infuses rational order into the subject matter of politics, and thus makes the theoretical understanding of politics possible. Political realism stresses the rational, objective and unemotional.

3. Realism assumes that interest defined as power is an objective category which is universally valid but not with a meaning that is fixed once and for all. Power is the control of man over man.

4. Political realism is aware of the moral significance of political action. it is also aware of the tension between moral command and the requirements of successful political action.

5. Political realism refuses to identify the moral aspirations of a particular nation with the moral laws that govern the universe. It is the concept for interest defined in terms of power that saves us from the moral excess and political folly.

6. The political realist maintains the autonomy of the political sphere. He asks “How does this policy affect the power of the nation?” Political realism is based on a pluralistic conception of human nature. A man who was nothing but “political man” would be a beast, for he would be completely lacking in moral restraints. But, in order to develop an autonomous theory of political behavior, “political man” must be abstracted from other aspects of human nature.

(Politics Among Nations : The Struggle For Power and Peace,1948)

Konsep Realisme

1.Sifat semulajadi manusia(Human nature)

Menurut Machiavelli,manusia dilahirkan dengan adanya sifat-sifat diri yang buruk dimana adanya sifat tamak,pentingkan diri sendiri dan mahu berkuasa dalam segala hal.Melalui pemikiran Machiavelli,sifat buruk manusia ini telah mendorong kepada keadaan yang kucar-kacir dan anarki dalam sesebuah negara. Oleh kerana sifat buruk manusia ini,maka ia sekaligus telah memberi kesan yang buruk terhadap sesebuah negara.Melalui teori realisme ini,dalam menjalinkan hubungan antarabangasa ini,pemimpin perlulah ada sifat yang agresif dan kepentingan diri perlulah diutamakan berbanding dengan kepentingan yang lain. Pendekatan yang ditekankan oleh golonagn realisme mengenai hubungan antarabangsa ini adalah bertepatan dimana manusia haruslah menguasai kuasa yang ada pada diri mereka.

2.Politik antarabangsa dan konsep kuasa.

Menurut apa yang terdapat didalam teori realisme ini,politik antarabangsa adalah amat penting dalam pembentukan sesebuah negara. Menurut pandangan realisme ini lagi,kestabilan politik sesebuah negara akan menentukan sendiri,sama ada sesebuah negara itu stabil ataupun tidak.Keadaan ini dapat kita perhatikan dalam negara-negara Kesatuan Eropah atau EU seperti Perancis,Itali,Sepanyol dan lain-lain, politik antarabangsa mereka stabil dan tidak terancam.Fenomena ini telah membawa kepada kestabilan ekonomi mereka.

3.Kepentingan nasional (national interest)

Dalam teori yang dikemukakan oleh E.H.Carr ini, kepentinghan nasional adalah sesuatu yang penting  dan ia amat dititikberatkan.Seperti mana yang kita ketahui,kepentingan diri haruslah dipentingkan berbanding dengan kepentingan yang lain.Dasar luar sesebuah negara juga akan dibentuk berdasarkan kepada kepentinagan nasional.Sebagai contoh,jika sesebuah negara itu menjalinkan hubungan yang baik dengan negara yang lain,pasti ada kepentingan lain yang dikehendakinya.Misalnya kita dapat lihat melalui apa yang sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan Israel.Israel mempunyai kepentingan yang tersendiri apabila menjalinkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat.Kepentingan yang dikehendaki oleh Israel adalah dari segi ketenteraan.Israel memerlukan bantuan ketenteraan daripada Amerika Syarikat kerana teknologi ketenteraan yang dimiliki oleh Amerika Syarikat adalah yang paling maju dan terbaik berbanding dengan negara-negara yang lain.Sebagai balasan keatas apa yang diberikan kepada Israel,maka Israel telah membantu Amerika Syarikat dalam menjana pertumbuhan ekonominya.Seperti yang kita ketahui,kebanyakan daripada penyumbang utama pergerakan politik di Amerika Syarikat adalah rakyat Israel yang tinggal di Amerika Syarikat. Daripada apa yang kita ketahui sekarang ini ialah,kedua-dua buah negara tersebut adalah saling bergantung diantara satu sama lain.Keadaan inilah yang dinamakan sebagai kepentingan nasional bagi sesebuah negara yang diperkatakan oleh golongan realisme.

4.Negara bangsa dan penonjolan negara bangsa(militari).

Konsep realisme yang seterusnya adalah wujudnya negara bangsa dan penonjolan dalam sistem antarabangsa.Dalam konteks ini,soal militari haruslah dipertingkatkan.Dalam soal ini,penekanan dan fokus haruslah diluruskan kearah aspek negara bangsa dan sistem antarabangsa.Hal ini demikian kerana,negara bangsa adalah ‘actor’ atau pelaku penting dalam hubungan antarabangsa.Golongan realisme percaya bahawa,sistem antarabangsa adalah “states-centric”,iaitu ia merupakan ‘actor’ utama dalam sesbuah negara.Bagi golongan ini,pelaku bukan negara seperti NGO  diletakkan di ‘central’ ataupun dipertengahan.Keadaan ini membawa maksud bahawa,’actor’ atau pelaku lain dalam sesebuah negara tidak dibenarkan wujud kerana ia hanya akan menganggu ketenteraman sesebuah negara.Menurut realisme lagi,sistem antarabangsa adalah dalam keadaan anarki yang sentiasa berada dalam keadaan yang kacau-bilau dan tidak selamat.Dalam hal ini keselamatan negara haruslah dititikberatkan Hal ini kerana,keselamatan nasional merupakan perkara terpenting bagi sesebuah negara kerana perkara-perkara militari dan isu politik adalah berkait rapat dengan keamanan negara.

Pandangan Sarjana

  •   HANS.J.MORGENTHAU

Dalam bukunya bertajuk Politics Among Nations, realis merupakan golongan yang skeptikal terhadap sifat semulajadi. Bagi realis, konflik merupakan sesuatu yang inherent dan tidak dapat dielakkan sehingga mereka merasakan tidak akan berlaku perdamaian dimana terjadinya kestabilan sistem ( system-wide war ). Realisme memfokuskan analisisnya kepada power dan autonomi dalam interaksi internasional, Mereka percaya bahawa interest atau kepentingan diantara negara-negara tiada dan tidak penting sehingga konsep self help menjadi keutamaan mereka dalam hubungan antarabangsa dan mereka juga percaya hanya bidang ketenteraan yang paling relevan .

  • THOMAS HOBBES

Hobbes fokus kepada politik dalaman dan matlamat Hobbes adalah untuk keperluan kuasa serta mempusatkan serta fokus kepada kekuasaan politik. Hobes tidak mempertikaikan state of nature itu benar wujud atau tidak.Tetapi menurut beliau, state of nature adalah hasil dari experimen kerana menurut Hobbes, cuba bayangkan apa dunia akan terjadi tanpa autoriti kerajaan atau struktur sosial yang lain. Beliau juga mahu melihat manusia lari dari situasi hypothical nya dengan menyetujui meletakkan sepenuhnya kuasa kepada kedaulatan yang boleh mengekalkan order seterusnya menamatkan anarki dalam state of nature.

  • E.H. CARR

Carr atau nama sebenarnya Edward Hallett Carr melalui bukunya The Twenty Years’ Crisis 1919-1939. Namun Carr kurang menyalahkan pemimpin tertentu kerana berlakunya Perang Dunia Kedua kerana menurut beliau “to analyse the underlying and significant, rather than the immediate and personal,cause of the disaster”. Bagi Carr, politik terdiri dari dua elemen iaitu saling terkait saling terkait dan reality, value and power. Carr juga secara langsung dan pada hakikatnya telah mengkritik pemikiran idealist iaitu bagi idealist dunia boleh diubah dengan PBB. Menurut Carr juga idealist merupakan pemikiran yang tidak real dan tidak logik kerana jika mahu mengubah dunia maka sebuah kerajaan dunia yang kuat perlu diwujudkan.

 

RUJUKAN

  1. Cyntia weber.,International Relation Theory:ACritical International, Routledge, Taylor&Francis Group,London&New York, 2001.
  2. Joseph Frankel.,Teori Antarabangsa Sezaman dan Tingkah laku Manusia.,terjemahan,.Md.Janib Johari. Dewan Bahasa dan Pustaka,1994.
  3. .K.J Holsti, Politik Antarabangsa:Suatu Rangka Kerja Analisis. Penterjemah.Hj Hassan Ahmad, Prentice Hall, USA, 1993
  4. Joshua S.Golstein and Jon C.pevehouse.(2012) .International relation 10th edition.United States:Pearson
  5. J.l.brierly.( 1963) The law of Nation: An Introduction to the International Law of Peace. New York: Oxford University Press .
  6. Paul R.Viotti and Mark V.Kauppi .(1999). International Relation Theory.United States: Allyn & Bacon.
  7. Edward Hallett Carr,(1962).The twenty Year’s crisis, 1919-1939.London:Macmillan and Co.
Advertisements

2 thoughts on “Teori Realisme

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s